kOtAk^mAgiKa

Monday, February 28, 2011

Lady Gaga Sudah Jadi Biarawati?

Adakah Lady Gaga sudah insaf dan menjadi Biarawati?





Melihat gambar-gambar di atas kelihatan Lady Gaga memakai pakaian Biarawati, tetapi persoalannya Biarawatikah beliau?
Jawapannya tentulah tidak. :)
Dibawah adalah gambar-gambar Lady Gaga yang penuh kontrevasi sewaktu melakukan persembahan baru-baru ini. Biarawati yang seksi!



p/s: Saya tidak meminati Lady Gaga walau sedikitpon.

Sunday, February 27, 2011

MiRC- Wujud Lagi Ka?

Siapa yang tidak pernah dengar pasal MiRC sila angkat tangan?
Entri ini bukan nak tahu pasal siapa yang tidak pernah dengar pasal MiRC tetapi bagi membincangkan tentang kewujudan MiRC ini. Ada lagi ka orang yang masih menggunakan perkhidmatan MiRC ini untuk chat dengan rakan online or blind date atau cari jodoh melalui MiRC? MiRC ini memang popular sewaktu zaman dia, saya juga tidak terlepas menggunakan MiRC pada masa lepas, siap 'war script' lagi sampai kena ban I.P, flooding memanjang dari chat dengan orang lain.
Bagi sesiapa yang masih menggunakan MiRC, marilah kongsi-kongsi sedikit cerita pasal perkembangan MiRC ini.

p/s: Lama benar tidak menggunakan MiRC.

Thursday, February 24, 2011

RAGNAROK ONLINE- MMROPG Penuh Nostalgia!






Ragnarok Online, permainan online MMROPG, persoalannya wujud lagikah?
Hehe, entri kali ini adalah untuk mengimbau kembali kenangan sewaktu zaman kegemilangan Ragnarok Online sekitar awal 2003. Waktu itu, player Ragnarok Online begitu ramai, tidak kira lelaki atau perempuan, terutamanya player awal yang bermain di server Inggeris iaitu Penril dan Iris sehinggalah ke zaman server Sakray serta kewujudan server-server private atau server persendirian.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Ragnarok Online, bagi saya amatlah rugi kerana Ragnarok Online sangatlah berbeza dan menyeronokkan apabila dimain bersama rakan terutamanya sewaktu Leveling, MVPing or PVPing.
Kini semuanya tinggal kenangan selepas lama meninggalkan Ragnarok Online.



p/s: Saya sukakan PVP

Tuesday, February 22, 2011

GANTZ- Real Action Movie Tetap Panas





Siapa peminat manga GANTZ sila angkat tangan? :)
Kali ini, selepas bertahun-tahun mengikuti GANTZ, akhirnya filem GANTZ, real action movie released juga awal tahun ini dan saya juga telah menontonnya beberapa kali disebabkan terlalu minat dengan GANTZ. Bagi sesiapa yang belum mengenali GANTZ, seeloknya kenalah baca manga GANTZ dahulu sebelum menonton filemnya, dengan itu baru paham apa itu GANTZ.

p/s: Watak Kuruno Kei kurang handsome berbanding di dalam manga. :)

Monday, February 21, 2011

FRINGE Musim Ke-3 Yang Semakin Panas!


Siapa yang minat Fringe sila angkat tangan? :)
Akhir-akhir ini Fringe yang sudan pon menjangkau musim ketiganya semakin PANAS dengan plot-plot yang semakin mendebarkan dan membuatkan penonton tidak sabar menunggu apa yang akan berlaku seterusnya. Bagi sesiapa yang teringin menonton siri ini, boleh lah mendapatkan di Sini , terdapat semua koleksi episod setiap musim Fringe disitu.

p/s: Saya suka menonton cita penyisatan Sci-fi + aksi sebab kalau terlalu realistik tidak seronok sangat. :P

Saturday, February 19, 2011

Tamagotchi-Konsol Yang Lama Dilupakan?

Di Malaysia, rasanya suma pakat-pakat dah lupa habis dekat Cik Tamagotchi ini, kalau ada yang ingat pon cuma suam-suam kuku sahaja. Tapi lain pula di Jepun, remaja mereka terutamanya perempuan masih lagi meminati Cik Tamagotchi kerana haiwan belaan elektronik ini menghiburkan dan juga atas faktor tempat tinggal yang tidak membenarkan memelihara haiwan peliharaan. Jadi Cik Tamagotchi lah dijadikan penawar hati. :)

p/s: Entri pendek ini hanyalah untuk meng'fresh'kan semula memori kita terhadap konsol haiwan elektronik yang comel ini.

GIVEAWAY PERTAMA- Jom Blogwalking Contest Dari Abgteror Sempena 3 Bulan Berblogging

ads


Sesiapa disini yang kenal Abgteror? Bagi sesiapa yang belum kenal, boleh la mula berkenalan dengan Abgteror dan beliau juga dikenali ramai kerana banyak membantu blogger-blogger lain dengan membuatkan header blog yang cantik-cantik belaka dengan percuma sahaja. Kalau hendak melihat hasil-hasil kerja header blog yang sudah Abgteror buatkan untuk blogger lain, silalah melawat blog Abgteror. 

Berbalik kepada perkara pokok selepas selesai mukadimah, sebenarnya Abgteror telah mengadakan 'Giveway Pertama' beliau sempena 3 bulan sudah beliau dalam dunia blogging ni. 'Giveway Pertama' ini dinamakan sebagai 'GIVEAWAY PERTAMA- Jom Blogwalking Contest Dari Abgteror Sempena 3 Bulan Berblogging'. Bagi sesiapa yang ingin juga turut sertai 'Contest' ini boleh la sendiri melawati blog Abgteror dengan klik di 'Picture' kontes Abgteror yang bergerak-gerak di atas tu. Maklumat lanjut mengenai 'Contest' ini boleh didapati di blog Abgteror. Tq.


p/s: Hendak menang sebab hadiah tempat pertama merupakan Jersey pilihan kita. :)

Jom Join heartbeat.my

Assalamualaikum.
Saya pasti ada yang tahu pasal Heartbeat, dan ada juga yang belum. Pada yang dah tahu dan belum daftar tu, memang rugilah. Daripada kita hanya berblog je, lebih baik kita menjana pendapatan sampingan, kan? Kalau sebelum ni blogger lebih tertumpu kepada cik Nuffnang sahaja, kini kita tambah sumber pendapatan tu dengan menggunakan Heartbeat.





Jom ikut step yang simple kalau anda berminat untuk menyertai:
1- Pergi ke laman Heartbeat. Klik kat heartbeat.my yang dalam bulatan dalam gambar kat bawah ni.
2- Selepas selesai click, anda boleh la click 'Create Account' dan lengkapkan semua yang diperlukan. 
3- Habis lengkap apa yang diperlukan, anda tekan 'Continue' dan tekan 'Join HB!Affiliate'
4- Selepas itu, sila klik 'online application' 


5- Selepas selesai isi semua maklumat blog dan cara pembayaran, anda tekan 'Continue'. 
6- Sila klik 'MY HB!Affiliate' untuk mendapatkan banner untuk diletakkan di blog anda.


7- Click 'Get a Code' untuk mendapatkan kod HTML banner untuk diletakkan di blog anda.
8- Selepas anda sudah dapat kod HTML banner tersebut, anda jangan lupa letakkan di blog anda di kedudukan yang anda inginkan.

Selamat memcuba ye. :)

p/s: Kita berblog bukan untuk mencari wang ringgit sangat, tapi cukuplah sekadar menambah 'duit kopi' kita sebagai pendapatan sampingan. :)





Penangan Manga Jepun, Selamanya!

Watak-Watak Utama dari Manga-Manga Top Jepun
Siapa minat manga Jepun sila angkat tangan? 
Sebenarnya entri ini adalah mengenai penangan manga-manga Jepun ke atas kita. Bagi sesiapa yang tidak berminat pasal topik ini, anda jangan la benci saya ye. Apa yang cuba saya ketengahkan ialah mengapa manga-manga dari negara matahari terbit ini begitu menawan hati terutamanya kita yang berada di Malaysia. Bukan kita nak banggakan sangat, tetapi itulah hakikatnya. Manga Jepun memang terbaik dan mantap. Saya sendiri salah seorang die-hard-fan manga-manga Jepun sejak dari bangku sekolah rendah lagi, sampai la sekarang.

Sebut pasal Naruto, Bleach , One Piece, Fairy Tail , Doraemon dan banyak lagi, kalo sebut sampai esok tak habis sampai kanak-kanak di tadika pon sudah mengenali siapa itu Naruto, Monkey D. Luffy , Natsu, Nobita dan terutama sekali watak dari komik lagenda iaitu Son Goku, Dragon Ball. Sesiapa yang masih die-hard-fan manga-manga Jepun, boleh la visit 2 website yang saya rasakan mudah dan smooth loading'nya' dan membuatkan kita senang untuk membaca manga-manga yang kita cintai.

Klik link di bawah untuk melawati website manga-manga yang saya beritahu tadi:


p/s: Sebenarnya banyak lagi website yang sediakan perkhidmatan online reading itu, tetapi 2 website yang saya beritahu tadi adalah website yang bagi saya adalah terbaik dari segi perkhidmatannya. Tq

Thursday, February 17, 2011

Taylor Lautner- Digilai Peminat Perempuan Kerana Otot Atau Wajahnya?

Kerana Wajahnya Yang Kacak?

Kerana Ototnya?
Siapa peminat filem Twilight , sila angkat tangan? 
Entri kali ini berkisar tentang Taylor Lautner atau Jacob Black, warewolf yang pupularitinya mengalahkan aktor utama filem tersebut, Robert Pattinson atau Edward Cullen , si vampire pucat lesi. 
Disini saya ingin bincangkan dengan semua apakah penyebabnya populariti Taylor Lautner begitu tinggi dan digilai peminat perempuan, adakah kerana dia kacak atau kerana otot-ototnya yang cool atau juga kerana kedua-dua faktor tersebut? 

Apa-apa pon, kepada peminat Edward Cullen atau Robert Pattinson, jangan marah saya pulak, Robert Pattinson juga apa kurangnya, cuma dia terlalu kurus tetapi tetap diminati juga.

Vampire Yang Pucat lesi




p/s: Saya minat Kristen Stewart atau Bella Swan :)

Tanpa Mereka , Kecil Duniaku Disini!

Selepas seminggu lebih berkecimpung dalam dunia blogging ini, disini saya ingin ucapkan kepada semua yang banyak memberi tips dan informasi . Entri kali ini khas untuk some people atas usaha mereka tanpa minta dibalas, tapi tampil membantu saya. Thanks to them. Orang-orang yang dimaksudkan ialah: 

Melalui kempen Blogger Hangit beliau, sedikit sebanyak membantu mempromosikan blog kecil saya ini. Thanks ye. 

Click Picture For Original Size

Abang Teror adalah seorang blogger yang banyak membantu blogger lain dan blog Abang Teror adalah penyumbang tertinggi trafik ke blog kecil saya ini. Thanks to Abang Teror. Bagi sesiapa yang inginkan Blog Header percuma, boleh lah mengunjungi blog Abang Teror dan beritahu Abang Teror, Insyallah Abang Teror akan tolong buatkan. Ini link ke hasil kerja Blog Header Abang Teror untuk blogger-blogger lain. Click Sini

p/s: Thanks to all jugak, rajin-rajin comment la pepa dekat my entri ye.

Wednesday, February 16, 2011

CHUCK - TV Series Yang Terus Memikat Hati

Sesiapa yang pernah atau meminati CHUCK sila angkat tangan!
Bagi sesiapa yang belum mengenali CHUCK, anda haruslah pergi ke link ini, CHUCK TV SERIES INFO , segala maklumat tentang CHUCK ada disana.  
Sekarang CHUCK sudah memasuki season ke-4 dan anda boleh mendapatkan episode-episode terbaru di link berikut :

eszacktvseries ( untuk latest episode ) 
syok.org          ( semua episode dari season pertama ada disitu )

Kedua-dua website di atas adalah pilihan terbaik bagi saya dan sentiasa up-to-date. Jangan lupa ucap THANK kepada mereka selepas anda meng'download'.

p/s: CHUCK memang drama tv yang menarik yang boleh dijadikan koleksi peribadi. :)

Penangan Burger Tempatan - Bukan sekadar Burger!


Bukan sekadar burger, itulah kata-kata yang keluar dari mulut saya sebagai peminat nombor 1 burger teampatan. Sebenarnya, bukan saya tidak mampu nak membeli burger luar negara tu macam Mc* dan lain-lain tu, cuma penangan burger tempatan lebih menghantui saya. Tahu anda, burger tempatan sebenarnya tarafnya lebih tinggi dari burger luar negara tu dan burger-burger teampatan kita memamg lazat dan menyelerakan akan tetapi, janganlah terlalu kerap menikmatinya kerana takut anda akan kegemukan. :)

Salah satu burger tempatan yang bagi saya rasanya memang sedap dan menyelerakan ialah burger OM Burger yang terletak di Ampang Jaya ini sememangnya cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya sejak 10 tahun yang lalu. Saya pon sudah lama tidak pergi, tapi harap-harap masih ada OM Burger di tempat asalnya.
Inilah Pakcik yang terkenal itu
Salah satu burger OM
Alamat OM Burger:
Berdepan 7-11,
Jalan Kerja Ayer Lama,
Ampang Jaya 

Akhir kata, majulah burger tempatan untuk negara . :)

p/s:Dalam memilih burger, yang penting adalah keenakannya bukan pada namanya.

Tuesday, February 15, 2011

Safee Sali digelar Sasa oleh Penyokong Pelita Jaya

Safee Sali,berjersi merah mengenakan nombor 10 di Pelita Jaya
Safee, "Harimau Malaya" Berkuku Tajam- Sedutan dari keratan akhbar terkenal Indonesia, Kompas

Seperti yang kita sedia tahu, Safee Sali seharusnya berbangga dengan keputusannya untuk berkelana mencari angin baru di tempat orang. Kelab yang di sertainya bukan kelab yang gah tetapi pengalaman bermain di liga negara jiran akan di manfaatkan sepenuhnya oleh Safee Sali atau Sasa nama glamor panggilan peminat Pelita Jaya, kelab yang disertainya.

p/s: Saya berbangga dengan pemain muda Malaysia yang berani menyahut cabaran beraksi di luar negara . :)

Download Cerita Hantu Retro Nang-Nak


Sesiapa yang nak download Cerita Hantu ini, sila pastikan selepas habis download, jangan lupa gabung part 001. & part 002. menggunakan software   HJ Split ini.

Nang.Nak.1999.DVDrip.rmvb.001
Nang.Nak.1999.DVDrip.rmvb.002

Double click on both link ye. Selamat menonton, tp sila pastikan anda menontonnya time lewat malam, baru feel datang. :)

18sx- Gadis Gersang di Facebook!



Ini ialah screenshot dari Facebook yang baru saya terima dari rakan-rakan dan pada saat ini post-post seperti itu masih terus dibualkan di Facebook perempuan itu. Apa yang diberitahu, perempuan itu ialah Islam tapi kelakuannya amat memalukan dengan menunjukan kergesangan ke arah seks yang meliar dan berkelakuan tidak sopan di Facebook. Maybe dia akan kata tu hak dia, itu tidak dapat di nafikan, namun tugas kita cuma menegur apa yang dilihat salah mesti ditegaskan.

p/s: Kalo nak seks oral or pepa, jangan la buat di depan public.

Monday, February 14, 2011

Info Teknologi- Evolusi Mp3

Dalam dunia ini, siapalah yang tidak kenal akan MP3. Sampai budak tadika pon sudah mengenalinya. Seperti yang kita sedia tahu, kedudukan format MP3 sudah tidak dapat dicabarkan lagi. Ia menunjukkan format muzik tradisional seperti kaset malah cakera padat telah menemui penamatnya dan ketibaan era muzik digital. 

Dari jualan muzik melalui jaringan hinggalah siaran radio internet (stream radio), MP3 sama sekali mengubah cara hidup kita menikmati muzik.  

p/s: Format ACC dan WMA tidak akan wujud tanpa MP3, apatah lagi iPod sebagai contoh yang merupakan salah satu gajget teknologi canggih masakini.

Gambar contoh mengikut peredaran zamannya.

Sudut Tahukah Anda- E-mel


"Awak ada alamat e-mel tak?
Sebenarnya e-mel muncul pada 1969. Waktu itu,internet masih dikenali sebagai ARPANET. Tidak ramai orang menggunakan ARPANET dan ianya hanya dihadkan kepada kepenggunaan komunikasi syarikat-syarikat besar sahaja. Sehingga 1995, Jack Smith dan Sabeer Bhatia memperkenalkan HOTMAIL, perkhidmatan mel elektronik awam. Sejak itu, barulah perkataan e-mel dikenali ramai dan kini telah menjadi sebahagian dari cara komunikasi utama.

p/s:Tiada yang lama, tiadalah yang baru. :)

Sunday, February 13, 2011

RUBIK'S CUBE- Permainan Mencabar Minda!


Siapa yang pernah main Rubik's Cube sila angkat tangan? Hehe. Dulu saya pernah main time kecil-kecil, pastu lama tinggal sebab tidak pernah-pernah berjaya settle kan. Baru-baru ini saya ada main semula, tetapi tetap tidak berjaya dan terus hilang minat nak main semula.. :) 


Di sini saya ada sediakan sedikit info sal Rubik's Cube untuk segarkan ingatan semua kepada mainan lagenda ini.. 
1-Rubik's Cube adalah puzzle mekanikal yang di reka oleh Ern Rubik, seorang pengukir dan profesor arkitektur dari Hungary pada tahun 1974.
2-Rubik's Cube seringkali di eja salah sebagai Rubix Cube ataupun Rubics Cube.
3-Puzzle plastik tiga dimensi ini datang dengan empat versi berbeza iaitu:
   Pocket Cube (2x2x2)
   Standard Cube (3x3x3)
   Revenge Cube (4x4x4)
   Professor's Cube (5x5x5)
4-Sebuah Rubik's Cube 3x3x3 yang normal boleh diselesaikan dengan 27 gerakan atau kurang.
5-Kemudiannya kiub versi 6x6x6 dan 7x7x7 turut dihasilkan.

p/s: Kalau hendak main Rubik's Cube, jangan jadi mcm saya, 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. :)

Jenis-jenis Rubik's Cube yang biasa digunakan
Otaku Rubik's Cube? hehe

Inilah reaksi setiap newbie Rubik's Cube semasa bermain :)

Failed Gara-Gara Kewujudan Bulan Baru?

Korang penah dengar tak sebuah website yg cukup famous sekarang dan diorang selalu memaparkan ruangan 'Phailed' pihak lain tak kira la dari segi apa. Tapi tadi aku baru dapati kali ni diorang pulak Failed gara-gara mewujudkan bulan baru dalam sistem kalendar.
Febaruari=bulan baru?

p/s: Post ni hanya sebagai gurauan di waktu malam sebab kebetulan ianya berlaku di depan mata. Jangan marah ye.

Saturday, February 12, 2011

HARAM Menyambut Hari Kekasih Bagi Yang Beragama Islam!

Seperti yang kita tahu, tanggal 14 Februari, ramai muda mudi tidak kira apa bangsa dan agama akan menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day. Disini, saya nak tegaskan kepada yang beragama Islam adalah HARAM bagi kita untuk tumpang sekaki menyambut hari tersebut. Jangan la terlalu anggap diri anda 'cool' atau 'trendy' yang mengikut peredaran zaman sampai nak amalkan sambutan Hari Kekasih ini setiap tahun dengan kekasih anda.

Rasanya cukup la kot setakat cakap gini. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, leh ja tanya En. Google , suma maklumat pasal haram menyambut Hari Kekasih ada. Salam beramal. 

p/s:Larangan menyambut Hari Kekasih ini hanya ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Tq




Sport : Bila Fan Liverpool Marah Ngan Torres

"He who betrays, will always walk alone" , petikan dari kata-kata MR.L dlm laman sosial beliau.


Kenyataan yg dipetik dari fan Liverpool yg bengkak kat Abg Torres ni.. 

1-Torres = Sampah

2-Rekod Torres bersama Atletico Madrid : 0 Trofi

3-Rekod Torres besama Liverpool : 0 Trofi

4-Rekod Torres besama Chelsea: Tidak dapat masuk Champion League 2012 ???

p/s:kOtaK^mAgiKa sbg fan Chelsea FC berbangga sbb kelab terlalu 'kaya' mampu beli Torrest..hehe
pasni nak beli Abg Kaka plak..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

All articles are published in this blog represents the ideas and thoughts by kOtAk^ mAgiKa personally. All material in this blog can be picked up from many medium of media as fact and opinion of kOtAk^ mAgiKa.

Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.comTricks for New Bloggersfree web site traffic and promotion