kOtAk^mAgiKa

Wednesday, February 16, 2011

Penangan Burger Tempatan - Bukan sekadar Burger!


Bukan sekadar burger, itulah kata-kata yang keluar dari mulut saya sebagai peminat nombor 1 burger teampatan. Sebenarnya, bukan saya tidak mampu nak membeli burger luar negara tu macam Mc* dan lain-lain tu, cuma penangan burger tempatan lebih menghantui saya. Tahu anda, burger tempatan sebenarnya tarafnya lebih tinggi dari burger luar negara tu dan burger-burger teampatan kita memamg lazat dan menyelerakan akan tetapi, janganlah terlalu kerap menikmatinya kerana takut anda akan kegemukan. :)

Salah satu burger tempatan yang bagi saya rasanya memang sedap dan menyelerakan ialah burger OM Burger yang terletak di Ampang Jaya ini sememangnya cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya sejak 10 tahun yang lalu. Saya pon sudah lama tidak pergi, tapi harap-harap masih ada OM Burger di tempat asalnya.
Inilah Pakcik yang terkenal itu
Salah satu burger OM
Alamat OM Burger:
Berdepan 7-11,
Jalan Kerja Ayer Lama,
Ampang Jaya 

Akhir kata, majulah burger tempatan untuk negara . :)

p/s:Dalam memilih burger, yang penting adalah keenakannya bukan pada namanya.

10 comments:

Cendana Kasih said...

Mak aiii...terliur sungguh tgk burger tu. Kat kawasan rumah saya ni terkenal dengan Otai Burger...sedap... tp mahal sikit lah..

kOtAk^mAgiKa said...

hehe.. sapa yang xsuka burger tempatan.hehe.. Otai burger tu katna? Leh p melawat kalo ada masa..hehe

Deqna said...

bapak kebulur ni~

:)

Unknown said...

kat tempat akak pun ada satu gerai beger best..
kat pulau pinang ni la..
tak dak sapa boleh lawan dia.
pelanggan setiap minit ada..
baru dia nak duduk nyala rokok dah ada pelanggan..
akak tengok bila jam 11 malam je
dah bepuluh2 plastik roti dalam kotak sampah dia.
dasyat!!cina pulau pinang suka beger malaysia ni..

Anonymous said...

aku setuju apa yg hang tulis
burger tepi jalan lebih sedap dr mekdi
murah plak tu

Anonymous said...

sy suke mkn bege

Anonymous said...

mkn byk gemuk x

kOtAk^mAgiKa said...

@diana- kat penang tu area mana?nak p try la..hehe

Sarah Nabila said...

sedapnya burger mesia...(^_^)

Anonymous said...

burgembira.hehe

Post a Comment

Your Comment Needed :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

All articles are published in this blog represents the ideas and thoughts by kOtAk^ mAgiKa personally. All material in this blog can be picked up from many medium of media as fact and opinion of kOtAk^ mAgiKa.

Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.comTricks for New Bloggersfree web site traffic and promotion